Don't Forget to click follow and like button. Happy Blogging. .

Saturday, July 20, 2013

Puasa Bulan Ramadhan 2013


Puasa Bulan Ramadhan 2013 | Seperti yang kita ketahui, setiap tahun umat Islam di seluruh dunia pastinya tidak sabar menanti bulan Ramadhan iaitu bulan penuh keberkatan bagi menunaikan ibadah puasa. Tapi hakikatnya bukan tak sabar nak berpuasa, tak sabar nak menyambut hari raya Aidil Fitri kann?? Hehehe. Ni nak cerita sikit ni sebagai peringatan buat diri Dr Fuh sendiri dan sahabat-sahabat yang dikasihi.
Tahukah anda pada zaman para nabi dahulu, mereka akan besedih tiap kali ingin berakhirnya bulan Ramadhan al-Mubarak? Maka tidak hairanlah pada malam terakhir Ramadhan di zaman Nabi Muhammad SAW, masjid Nabawi penuh sesak dengan orang-orang beriktikaf dan ramai yang menangis teresak-esak ketika beriktikaf tersebut kerana Ramadhan ingin meninggalkan mereka.


puasa ramadhan 2013 Puasa Bulan Ramadhan 2013


sekadar hiasan
Bukan kata manusia sahaja yang menagisi pemergian bulan Ramadhan ni, semua makhluk ciptaan Allah menangisinya.
Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan berlalunya Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.”
Zaman sekarang ni ada ke? Mungkin la ada, tapi tak ramai lah kan. Yang ramainya gembira tak ingat dunia, siap ada kedai-kedai atau supermarket besar buat SALE lagi pada 10 malam terakhir puasa sedangkan 10 malam terakhir itulah sepatutnya umat Islam mengejar malam Lailatul Qadr. Tak percaya tunggu la 10 malam terakhir, tengok iklan kat TV, tengok iklan kat surat khabar.
Amboi dah 3 pernggan dah membebel kan. Hehehe bukan membebel, sekadar peringatan buat diri sendiri untuk renungan. Mana lah tahu Ramadhan ni adalah puasa terakhir Dr Fuh kan. Ajal maut ditangan Allah, tak siapa yang tahu. Ok, korang dah tau apa itu Ibadah Puasa? mesti la dah kan. Tapi Dr Fuh nak share jugak.
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai “menahan diri“. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari“.
Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Dipetik dari - Wiki/Ibadat_puasa
Haa, dah tau tu lepas ni kena lah ikut apa yang patut ye. Actually banyak kelebihan bulan Ramadhan ni. Nantilah Dr Fuh ceritakan dalam satu entri lain. Bukan cerita dari Dr Fuh pon, sekadar berkongsi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Selain tu kita boleh lakukan banyak amalan sunat bulan Ramadhan yang amat dituntut oleh Allah SWT dan itu juga Dr Fuh akan kongsi dalam satu entri khas.

Lafaz Dan Niat Puasa Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Yang Lengkap Untuk Sehari:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Yang Lengkap Untuk Sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Waktu berniat Puasa Ramadhan

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


puasa ramadhan+fuh.my  Puasa Bulan Ramadhan 2013


Setakat itu dululah perkongsian ini mengenai Puasa Bulan ramadhan 2013 untuk kali ini.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Soalan Pengajian Perniagaan Peperiksaan Percubaan Peperiksaan STPM 2012


Sila Klik :


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kata Kunci Sejarah STPM


Sila klik :


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Nota Sejarah STPM Kertas 2




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 SBP (Sekolah Berasrama Penuh)


Sila Klik :


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 SBP

BAHASA MELAYU

1103 Bahasa Melayu Trial SPM 2012 SBP Kertas 1.pdf
1103 Bahasa Melayu Trial SPM 2012 SBP Kertas 2.pdf
SKEMA Bahasa Melayu Trial SPM 2012 SBP Kertas 1, 2

BAHASA INGGERIS

1119 Bahasa Inggeris Trial SPM 2012 SBP Paper 1.pdf
1119 Bahasa Inggeris Trial SPM 2012 SBP Paper 2.pdf
SCHEMA Bahasa Inggeris Trial SPM 2012 SBP Paper 1, 2

PENDIDIKAN ISLAM

1223 Pend. Islam Trial SPM 2012 SBP Kertas 1.pdf
1223 Pend. Islam Trial SPM 2012 SBP Kertas 2.pdf
SKEMA Pendidikan Islam Trial SPM 2012 SBP Kertas 1, 2

SEJARAH

1249 Sejarah Trial SPM 2012 SBP Kertas 1.pdf
1249 Sejarah Trial SPM 2012 SBP Kertas 2.pdf
SKEMA Sejarah Trial SPM 2012 SBP Kertas 1, 2

MATEMATIK

1449 Mathematics Trial SPM 2012 SBP Paper 1.pdf
1449 Mathematics Trial SPM 2012 SBP Paper 2.pdf
SCHEMA Mathematics Trial SPM 2012 SBP Paper 1, 2

ADDITIONAL MATHEMATICS

3472 Additional Mathematics Trial SPM 2012 SBP Paper 1.pdf
3472 Additional Mathematics  Trial SPM 2012 SBP Paper 2.pdf
SCHEMA Additional Mathematics  Trial SPM 2012 SBP Paper 1, 2

PRINSIP PERAKAUNAN

3756 Prinsip Perakaunan Trial SPM 2012 SBP Kertas 1.pdf
3756 Prinsip Perakaunan Trial SPM 2012 SBP Kertas 2.pdf
SKEMA Prinsip Perakaunan Trial SPM 2012 SBP Kertas 1, 2

PHYSCIS

4531 Physcis Trial SPM 2012 SBP Paper 1.pdf
4531 Physics Trial SPM 2012 SBP Paper 2.pdf
4531 Physics Trial SPM 2012 SBP Paper 3.pdf
SCHEMA Physcis Trial SPM 2012 SBP Paper 1, 2, 3

CHEMISTRY

4541 Chemistry Trial SPM 2012 SBP Paper 1.pdf
4541 Chemistry Trial SPM 2012 SBP Paper 2.pdf
4541 Chemistry Trial SPM 2012 SBP Paper 3.pdf
SCHEMA Chemistry Trial SPM 2012 SBP Paper 1, 2, 3

BIOLOGY

4551 Biology Trial SPM 2012 SBP Paper 1.pdf
4551 Biology Trial SPM 2012 SBP Paper 2.pdf
4551 Biology Trial SPM 2012 SBP Paper 3.pdf
SCHEMA  Biology Trial SPM 2012 SBP Paper 1, 2, 3

PENDIDIKAN SYARIAH

5228 Pendidikan Syariah Islamiah Trial SPM 2012 SBP Kertas 1.pdf
5228 Pendidikan Syariah Islamiah Trial SPM 2012 SBP Kertas 2.pdf
SKEMA Pendidikan Syariah Islamiah Trial SPM 2012 SBP Kertas 1, 2

PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

5227 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Trial SPM 2012 SBP Kertas 1.pdf
SKEMA Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Trial SPM 2012 SBP Kertas 1

TEKNOLOGI KEJUTERAAN

3764 Teknologi Kejuruteraan Trial SPM 2012 SBP Kertas 1.pdf
3764 Teknologi Kejuruteraan Trial SPM 2012 SBP Kertas 2.pdf
SKEMA Teknologi Kejuruteraan Trial SPM 2012 SBP Kertas 1, 2

LUKISAN KEJURUTERAAN

3759 Lukisan Kejuruteraan Trial SPM 2012 SBP Kertas 1.pdf


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, July 18, 2013

Perkongsian Ilmu : Fathilat Tarawih dalam Bulan Ramadhan



PERHATIAN & HARAP MAAF: Tidak terdapat hadis sahih yang membicarakan tentang fadilat-fadilat Solat Tarawih pada malam-malam bulan Ramadhan sebagaimana yang dikeluarkan oleh artikel atau media massa. JAKIM ada mengeluarkan pengesahan mengenai perkara ini . Ini adalah termasuk Hadith Maudhu’. Bahan berkenaan boleh didapati di Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan. JAKIM.

Rujukan: islam.gov.my dan Mufti Terengganu

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Perhatian! Jangan lupa follow this blog ye. wechat : iamazmie . enjoy blogging.

Twitter Bird Gadget